Testimoni : Terkena cuka getah & rawat menggunakan Minyak Kelapa Dara |
| |
| Pengguna : Pn.Rosiah
Tarikh Kejadian :20/09/10
Lokasi : Senawang,N.Sembilan
Produk di gunakan : Minyak Kelapa Dara Asli
Asid formic atau lebih di kenali sebagai cuka getah adalah pemangkin untuk proses pembekuan susu getah(lateks). Sifatnya yang menghakis boleh mendatangkan kecedaraan seperti melecur dan buta jika terkena pada mata jika tidak di kendalai dengan cermat dan berhati-hati. Namun begitu,manusia merancang dan Allah yang menentukan. Malang tidak berbau bagi puan Rosiah yang merupakan penoreh getah sejak bertahun-tahun dahulu,apabila kemalangan telah berlaku dan menimpanya ketika sedang melakukan kerja-kerja membekukan susu getah. Pada hari Isnin tersebut,dalam hujan renyai-renyai beliau ingin menyegerakan kerja-kerja dan pulang awal ke rumah. Oleh kerana licin,tanpa di sedari ketika mencapai bekas berisi cuka getah(asid formic) tersebut,tiba-tiba ia terjatuh dan sebahagiannya terpercik ke badan dan muka beliau. Serta merta kulitnya mula memerah dan melecur di sebabkan sifat penghakis asid tersebut. Dengan menahan kesakitan,beliau berlari ke rumah dan mengambil minyak kelapa dara asli keluaran bioasli yang sentiasa menjadi keperluan di rumahnya dan segera menyapukan ke bahagian kulit yang terkena cuka getah tadi. Kesakitan yang di alami agak reda dan beliau terus merujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat beliau amat terkeju kerana kesan pada kulit yang terkena cuka getah itu tidak melecur dengan teruk. Doktor tersebut menyatakan terdapat kes sepertinya pada minggu sebelumnya dan mangsa cedera melecur dengan teruk sekali. Puan Rosiah menceritakan pada doktor bahawa beliau telah menyapukan minyak kelapa dara asli keluaran Bioasli pada tempat tersebut dan sendiri merasa tidak percaya dengan kesannya. Beliau bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk hebat ini. |
| |
| |
| Testimoni : Kurang Susu Badan |
| Lokasi : Jerantut Produk : VCOP Pengetahuan yang saya dapat, penyusuan ibu mampu mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Jadi sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, saya semestinya menginginkan yang terbaik untuk si manja saya. Saya merasa bangga bila si manja mula menyusu dan menerima pemberian saya yang tidak terhingga nilainya itu. Malangnya nikmat menyusui anak tidak lama. Saya tidak berupaya menghasilkan air susu yang sepatutnya pada sekitar bulan yang ke enam. Hal itu cuma saya sedari bila saya melihat si manja seakan tidak puas menyusu. Macam-macam ikhtiar yang saya lakukan, tetapi keputusan tetap sama, sehinggalah saya cuba mengamalkan minum minyak kelapa dara asli (VCOP). Alhamdulillah, kesannya positif dan air susu badan saya bertambah banyak. Si manja saya kini kelihatan lebih puas menyusu berbanding sebelumnya. Seperkara yang ingin saya kongsikan dengan anda anak saya sehingga kini tidak mudah mengalami selsema atau demam seperti kebanyakan bayi lain. Jadi saya mengesyorkan ibu-ibu di luar sana yang menyusukan anak,gunakanlah minyak kelapa dara untuk kesihatan diri dan si manja. |
| Testimoni : Resdung |
| Nama : Khalif Hassan
Lokasi : Shah Alam, Selangor Produk : VCOHS “ Saya mula menyertai bioasli ini sejak pelan C dilancarkan sekitar bulan Feb 2009, dan hanya beberapa bulan menjadi stokis elite. Sepanjang pengalaman saya menjadi stokis ramai ahli yang berkongsi testimoni dengan saya dan saya sendiri, sekarang ini saya telahpun sembuh dari resdung yang saya alami sejak 20 tahun lalu dengan asbab Minyak Kelapa Dara. Sebelum ini, saya banyak minum dan makan ubat - ubatan untuk penyakit ini sehingga pada satu masa kesan dari pengambilan ubat - ubat ini memberi beban kepada jantung saya. Tapi pada masa itu tiada pilihan, terpaksa juga makan. Dan Dengan Minyak Kelapa Dara ini Alhamdulillah, kata orang macam dapat satu kehidupan yang baru. ” “ Tiap-tiap hari,selain makan, saya juga akan titiskan satu atau dua titis VCO ke dalam hidung sambil berbaring. Syukur dalam masa 3 hari telah ada kesan perbezaan pada hidung saya. Namun setelah sebulan saya amalkan VCO ini, saya rasa sekarang macam penyakit saya telah sembuh sepenuhnya. Terima kasih Minyak Kelapa Dara. ” Nota : Resdung adalah penyakit yang berpunca daripada parasit yang di panggil Demodex. Dengan hanya melalui sentuhan sahaja sudah cukup untuk ia membiak dan merebak. Keadaan dari pembiakannya maka terjadilah simptom – simptom yang mengakibatkan mata, telinga, hidung, kulit muka, kepala menjadi gatal, rambut gugur, berjerawat, ruam, hidung tersumbat, nafas berbau, selsema, kerap bersin, hilang deria bau dan berpenyakit kulit. Rawatan hanya mampu mengawal dan mengurangkan masalah tersebut. |
| Testimoni : Kudis Buta Sembuh Dengan Minyak Kelapa Dara |
| |
| Nama : Ali Bin Ishak (Anak Pengarah Urusan Bioasli) Lokasi : Sabak Bernam Produk : VCOP Ali, putera sulung Pengarah Urusan Bioasli baru-baru ini selamat pulang dari selesai mengerjakan umrah di Mekah. Sebelum beliau berangkat untuk mengerjakan umrah, bapanya berpesan supaya beliau membawa minyak kelapa dara (VCOP) untuk mencegah dan menghalang dari terkena penyakit yang mudah merebak. Bagaimanapun pesanan itu tak tertunai kerana kesibukan persiapan mungkin. Seperti yang dijangkakan, beliau mendapat jangkitan pada bahagian kulit kaki. Dari rawatan yang diperolehi, doktor mengesahkan bahawa beliau terkena jangkitan kudis buta yang agak teruk. Semasa baru tiba dari Mekah penyakit tersebut telah merebak di banyak bahagian kulit kaki. Dengan semata-mata menggunakan VCOP (dengan menyapunya pada bahagian kulit yang terkena jangkitan sehingga basah pada setiap hari iaitu waktu pagi dan malam sebelum hendak masuk tidur) akhirnya terbukti VCOP sangat mujarab untuk mengatasi jangkitan kulit. Selepas lebih kurang dua minggu penggunaannya, penyakit tersebut mula sembuh dan yang tinggal hanya kesan parut. Jika VCOP ini digunakan berterusan, ia sebenarnya boleh menghilangkan parut yang terjadi akibat penyakit tersebut. Tetapi penggunaanya perlulah dengan teratur dan secara berterusan. Nota : Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam. |
| Testimoni : Jangkitan Kuman Dalam Otak |
| |
| Nama : Puan Maziah Lokasi : Kulai, Johor Produk : VCOP, VCOH Saya adalah surirumah sepenuh masa. Saya masuk Bioasli ini, pertama di sebabkan anak saya yang berumur 2 tahun lebih, menghidap jangkitan kuman dalam otak. Kedua kerana ingin menjana pendapatan sebab saya melihat Bioasli ini boleh pergi jauh. Tentang anak saya tu..sebelum ini saya mendapatkan rawatan moden untuk anak saya, tetapi kesannya kurang dan tidak banyak perubahan yang berlaku. Apabila saya konsisten memberikan Minyak Kelapa Dara ini pada setiap hari, alahamdulillah sekarang banyak perubahan yang berlaku berbanding sebelumnya. Saya berharap penyakitnya akan sembuh sepenuhnya secepat mungkin. Selain itu terima kasih kepada upline saya yang banyak membantu dan mengajar saya cara–cara membuat promosi melalui sosial networking dan sebagainya walaupun saya dan upline tidak pernah berjumpa. Kami hanya berhubung secara online menggunakan email dan yahoo messenger. Terima kasih juga kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk yang berkualiti, berkesan dengan harga produk yang sangat berpatutan. |
| Testimoni : Asma Kronik |
| |
| Nama : Mariah Lokasi : Kupang, Kedah Produk : VCOP Salam.. Kisah benar dan rahsia terbongkar. Kelebihan Minyak Kelapa Dara kepada penghidap Asma. Ikutilah kisah Maya. Maya seorang pelajar IPT yang merupakan pengidap penyakit asma sejak lahir dan kini umur Maya mencecah 24 tahun. Namun, pada ketika ini penyakit asma yang Maya hadapi seolah-olah hilang dari hidup Maya dan sekarang Maya tidak lagi bergantung kepada Inhaler (Asthalin), dan seolah – olah Maya lupa yang Maya adalah penghidap Asma Kronik. Kerana jika dahulu kemana – mana Maya pergi, Inhaler ini ibarat nyawa Maya. Rahsianya, Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara asli sejak bulan januari 2010 dan kesannya dapat dilihat dalam masa 3 bulan. Sebelum ni, ibu bapa Maya telah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit asma ni. Sebab Asma memang membantutkan kehidupan Maya dan terpaksa bergantung kepada ubat hospital seperti (nama pil asma: salbutamol). Tapi selama mana harus bergantung kepada pil yang pasti megandungi kandungan dadah tu??? Alhamdulillah. Lepas 3 bulan Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara pagi dan petang setiap hari, Asma Maya semakin sembuh dan insyAllah, Maya berharap suatu hari Asma Maya akan sembuh sepenuhnya supaya Maya dapat pergi camping dan menjalani aktiviti lasak dengan jayanya.
Bagi anda yang menghidap penyakit Asma, atau saudara - mara anda, berusaha dan berikhtiarlah mencari penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.
P/S: Nikmat sihat hanya diketahui oleh org yg sakit. |
| Testimoni : Buasir |
| |
| Nama : Ismail Lokasi : Bandar Baru Bangi, Selangor Produk : VCOHS Saya telah menghidap buasir kira - kira 20 tahun sehingga sampai satu peringkat, doktor terpaksa membuang dan memotong bahagian yang terkeluar di kawasan itu. Tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja, kerana tiap kali semasa saya ke bilik air bahagian yang dipotong itu sering mengeluarkan darah. Macam - macam ubat dan herba yang saya makan, tetapi tidak berhasil. Kesanya tetap sama. Sehinggalah saya berjumpa dengan rakan saya waktu ketika sekolah dahulu yang menjalankan perniagaan Bioasli ini. Mula–mula rakan saya hanya menawarkan untuk saya menyertai Bioasli sahaja. Dan dikesempatan itu saya memberitahu beliau penyakit yang saya hadapi selama ini. Selepas saya menyertai Bioasli, beliau berikan saya sebotol VCOHS. Saya minum pada hari pertama, perubahan yang sungguh menakjubkan dan tidak pernah terfikir di fikiran saya, bahagian yang dipotong itu tidak lagi mengeluarkan darah. Dan sehingga kini saya masih lagi mengamalkan minum VCOHS mengikut turutan penggunaan yang di berikan.
|
| Kes : Resdung |
| Resdung..!
- Kecantikan ku terjejas kerananya, Syukur kini ada penawarnya
- ya Tuhan ku. Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda (Baru)...Bio-Asli
|
|
|
Cecair : Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda |
|
|
Kapsul : Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda |
|
|
| |
| |
Cecair : Untuk hentikan " bersin " | Cecair : Minum untuk ketahanan |
sapukan pada tulang pelipis dalam hidung kanan & kiri. | sistem tubuh ( antibody ) |
|
|
| |
| Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif. Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit. Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus. Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka. |
| 20 Tahun derita mengidap resdung. |
| Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995). Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati saya supaya mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis. Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung tetap tidak juga sembuh. Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis. Sekitar awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit. Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar. Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala untuk kegunaan luaran saya menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam). Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian. Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain. Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :
Bil | Tarikh | Jarak Hari |
1 | 18/11/99 | 0 |
2 | 22/1/2000 | 34 |
3 | 11/3/2000 | 48 |
4 | 27/4/2000 | 47 |
5 | 29/6/2000 | 63 |
6 | 26/8/2000 | 58 |
7 | 11/10/2000 | 46 |
8 | 25/11/2000 | 45 |
9 | 3/1/2001 | 39 |
10 | 8/3/2001 | 64 |
11 | 14/4/2001 | 37 |
12 | 26/5/2001 | 42 |
13 | 21/7/2001 | 56 |
14 | 15/9/2001 | 56 |
15 | 1/10/2001 | 16 |
16 | 11/12/2001 | 71 |
17 | 5/2/2002 | 56 |
18 | 23/4/2002 | 77 |
19 | 4/6/2002 | 42 |
20 | 14/7/2002 | 50 |
21 | 20/8/2002 | 36 |
22 | 15/10/2002 | 26 |
23 | 27/11/2002 | 43 |
24 | 12/1/2003 | 46 |
25 | 16/2/2003 | 35 |
26 | 26/3/2003 | 38 |
27 | 26/4/2003 | 31 |
29 | 20/5/2003 | 24 |
29 | 25/6/2003 | 36 |
30 | Hilang Record | Nil |
31 | Hilang Record | Nil |
32 | Hilang Record | Nil |
33 | 2/10/2003 | Nil |
34 | 15/11/2003 | 44 |
35 | 31/12/2003 | 46 |
36 | 11/2/2004 | 42 |
37 | 9/3/2004 | 26 |
38 | 4/4/2004 | 26 |
39 | 10/5/2004 | 36 |
40 | 14/6/2004 | 35 |
41 | Hilang Record | Nil |
42 | Hilang Record | Nil |
43 | Hilang Record | Nil |
44 | 10/10/2004 | Nil |
45 | 20/11/2004 | 41 |
46 | 25/12/2004 | 35 |
47 | 3/2/2005 | 40 |
48 | 12/3/2005 | 37 |
49 | 23/4/2005 | 42 |
50 | 28/5/2005 | 35 |
51 | 4/7/2005 | 37 |
52 | 18/8/2005 | 45 |
53 | 20/9/2005 | 33 |
54 | 16/11/2005 | 57 |
55 | 27/12/2005 | 41 |
|
| Kes : Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik |
| Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami. Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan. Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya. Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana. Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama. Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering. Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian. |
|
Nama : Anuar bin Salim Alamat : Kg.Sg.Limau, Sg.Besar Penyakit : Tiroid | |
Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya, Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor. Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar, saya pergi ke desaku untuk mendapatkan produk Bio-asli iaitu Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran Selepas minum VCOHS sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah, kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia. |
| Kes : Sakit Darah Tinggi & Sakit Kepala |
|
- Nama : Melvyn Colin ivan Storer
- Alamat : 7 Apple grove Orchard Rood Hook Surrey
- KT9 1BE England UK
Penyakit : Tekanan Darah Tinggi dan sakit kepala Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan sakit kepala . Apabila saya melancong ke Malaysia, seorang rakan baik saya telah menceritakan tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara yang sangat hebat tanpa sebarang campuran bahan kimia, dadah mahupun bahan pengawet. Apabila saya melayari website antara bangsa ,memang benar Minyak Kelapa Dara ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Eropah dan Amerika malahan telah dicampurkan dengan bahan tertentu supaya ianya lebih sedap dan senang digunakan . Oleh itu saya memilih yang "original" produk minyak kelapa dara keluaran Bio-Asli. Saya datang terus ke ibu pejabat syarikat untuk mendapatkan keterangan produk dari En. Ishak . Kali pertama meminumnya saya rasa agak pening kepala, lama kelamaan rasa seperti biasa sahaja. Secara pribadi apa yang saya ingin katakan ialah " Minyak Kelapa Dara Bio-Asli adalah tulen dan ianya sangat baik untuk kesihatan kita. |
| Kes : Badah rasa lemah jadi cergas |
| NAMA : TUKIRAN BIN RAHANI
PRODUK : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’ Saya adalah seorang krew produksi perfileman tempatan, dan penglibatan saya dalam industri tersebut kini telah mencapai belasan tahun. Memandangkan tugas sebagai salah seorang krew, dan jadual penggambaran yang agak padat saya selalu keletihan, kekurangan tenaga dan sering kehilangan tumpuan. Tiga tahun kebelakangan ini saya selalu mengalami sakit badan. Diwaktu bangun tidur, bahagian kaki, terutamanya tumit terasa amat perit dan menyakitkan. Saya terpaksa mengambil masa dua tiga minit untuk menstabilkan dan meredakan sakit, sebelum boleh bergerak. Manakala selepas habis waktu kerja atau sebarang aktiviti riadhah seperti bermain bola, seluruh badan saya terasa sengal-sengal dan sakit dibahagian sendi-sendi. Mengambil beberapa produk jenama lain sebelum mencuba menggunakan produk minyak kelapa dara Bio-Asli. Menakjubkan……selepas mencuba minyak kelapa dara Bio-Asli, saya dapat rasakan bahawa semua gejala sakit yang saya alami semakin berkurangan. Badan terasa ringan dan pergerakan rasa lebih selesa. Paling menggembirakan ada tanda-tanda berat badan saya semakin berkurang. Kini, saya sebagaimana juga pengguna lain sebelum ini yakin bahawa minyak kelapa dara Bio-Asli sesuai dan serasi dengan saya. InsyaAllah saya tidak akan berubah arah kepada produk lain. Saya juga bersungguh-sungguh menaja downline sebanyak mungkin (Keahlian free) dan kini dalam masa yang singkat bilangan downline mencecah ratusan orang dan pendapatan saya dari program ini berbaloi, yang paling penting modal permulaan sekali sahaja cuma RM30.00 dari belian barang Bio-Asli. Saya dan ribuan pengguna lain telah mencuba dan mendapat khasiat serta manafaat, anda pula bagaimana……..?
|
| KES : SAKIT-SAKIT BADAN DAN BUASIR |
|
PROJEK KHAS : MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN PRODUK Bio-Asli Desaku. PRODUK UJIAN : MINYAK KELAPA DARA + HABBATUS SAUDA’ (VCO+HABBATUS SAUDA’) -
MASALAH DIHADAPI : SAKIT-SAKIT BADAN DAN SENDI |
|
| Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri. Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu. Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang. Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan. |
|